Wednesday, April 10, 2019

Aktiviti 5S Dimakmal ICT

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan.

Hari ini saya dan rakan-rakan ingin mendedahkan tentang kebaikan melakukan 5S.




Saya akan menerangkan lebih terperinci berkenaan 5S.
1.Seiri(sisih) segala sampah,habuk,kotoran,dan lain lagi supaya lebih kemas dan cantik apabila digunakan kelak. Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan mengasingkannya.


2.Seiton(susun) susun barang-barang yang diperlukan yang dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan. 



3.Seiso(sapu) bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai,mesin dan perkakas.


4.Seiketsu(seragam) mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.


5.Shitsuke(sentiasa amal) melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusansupaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi.


 5 perkara utama yang diberikan fokus dalam 5S ?

Kebersihan

Kekemasan

Kemudah-kesanan

Keselamatan

Komunikasi


Monday, April 8, 2019

Usaha Tangga Kejayaan


Pada pendapat saya video ini menerangkan tentang kepercayaan anak murid kepada seorng gurunya.Video ini juga menerangkan tentang jangan pertikaikan apa yang disuruh kerana setiap arahan yang diarah oleh seseorang guru pasti mempunyai sebab yang baik.Kita juga mestilah rajin berusaha melatih diri supaya dapat bende yang diingini.


Kejayaan tidak datang tanpa sebarang usaha yang cukup kerana denga usaha kita dapat capai benda yang hendak dicapai.Kita juga jangan cepat mengeluh terhadap latihan atau arahan yang diberi kerana dengan perkara tersebut dapat memmupuk sikap yang budi pekerti.Video ini juga dapat menerapkan segala ilmu tentang pentingnya usaha untuk mencapai cita-cita.


Pengajaran yang dapat saya diperolehi daripada video ialah jangan gentar akan cabaran atau dugaan yang datang kerana dengan dugaan ini dapat membuatkan kita lebih matang.Kita juga perlulah berani menghadapi segala cabaran yang datang kerana dengan cabaran juga membuatkan kita dapat kesenangan dimasa depan.