Tuesday, March 5, 2019

Tips Penjagaan Kenderaan

Tips Panjagaan Basikal

Rantai basikal perlu selalu diminyak. Tidak perlu menggunakan minyak yang mahal-mahal, jenis RP7, WD4D, atau pun sudah memadai.
Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah.

Hasil carian imej untuk rantai basikal



- Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel.

Hasil carian imej untuk kabel basikal




- Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak

- Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.

- Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.

- Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman.

- Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang 'Handle' dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. 
Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.

Hasil carian imej untuk basikal

Monday, March 4, 2019

Cara Untuk Menarik Minat Pelanggan



Pada hari ini saya telah mempelajari pelbagai ilmu contohnya menjual secara softsell.
Dengan cara ini saya dapat pelbagai maklumat untuk menjual barang-barang yang hendak saya jual denga lebih laris dan untung.

Saya sangat berterima kasih kepada Encik Fairuz kerana telah mengajar saya ilmu baru ini.