Wednesday, April 10, 2019

Aktiviti 5S Dimakmal ICT

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan.

Hari ini saya dan rakan-rakan ingin mendedahkan tentang kebaikan melakukan 5S.




Saya akan menerangkan lebih terperinci berkenaan 5S.
1.Seiri(sisih) segala sampah,habuk,kotoran,dan lain lagi supaya lebih kemas dan cantik apabila digunakan kelak. Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan mengasingkannya.


2.Seiton(susun) susun barang-barang yang diperlukan yang dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan. 



3.Seiso(sapu) bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk diatas lantai,mesin dan perkakas.


4.Seiketsu(seragam) mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.


5.Shitsuke(sentiasa amal) melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusansupaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi.


 5 perkara utama yang diberikan fokus dalam 5S ?

Kebersihan

Kekemasan

Kemudah-kesanan

Keselamatan

Komunikasi


Monday, April 8, 2019

Usaha Tangga Kejayaan


Pada pendapat saya video ini menerangkan tentang kepercayaan anak murid kepada seorng gurunya.Video ini juga menerangkan tentang jangan pertikaikan apa yang disuruh kerana setiap arahan yang diarah oleh seseorang guru pasti mempunyai sebab yang baik.Kita juga mestilah rajin berusaha melatih diri supaya dapat bende yang diingini.


Kejayaan tidak datang tanpa sebarang usaha yang cukup kerana denga usaha kita dapat capai benda yang hendak dicapai.Kita juga jangan cepat mengeluh terhadap latihan atau arahan yang diberi kerana dengan perkara tersebut dapat memmupuk sikap yang budi pekerti.Video ini juga dapat menerapkan segala ilmu tentang pentingnya usaha untuk mencapai cita-cita.


Pengajaran yang dapat saya diperolehi daripada video ialah jangan gentar akan cabaran atau dugaan yang datang kerana dengan dugaan ini dapat membuatkan kita lebih matang.Kita juga perlulah berani menghadapi segala cabaran yang datang kerana dengan cabaran juga membuatkan kita dapat kesenangan dimasa depan.

Tuesday, March 5, 2019

Tips Penjagaan Kenderaan

Tips Panjagaan Basikal

Rantai basikal perlu selalu diminyak. Tidak perlu menggunakan minyak yang mahal-mahal, jenis RP7, WD4D, atau pun sudah memadai.
Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah.

Hasil carian imej untuk rantai basikal



- Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel.

Hasil carian imej untuk kabel basikal




- Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak

- Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.

- Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.

- Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman.

- Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang 'Handle' dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. 
Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.

Hasil carian imej untuk basikal

Monday, March 4, 2019

Cara Untuk Menarik Minat Pelanggan



Pada hari ini saya telah mempelajari pelbagai ilmu contohnya menjual secara softsell.
Dengan cara ini saya dapat pelbagai maklumat untuk menjual barang-barang yang hendak saya jual denga lebih laris dan untung.

Saya sangat berterima kasih kepada Encik Fairuz kerana telah mengajar saya ilmu baru ini.

Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Mengurus Maklumat

Data dan maklumat yang berada di internet akan susun mengikut spesifikasi masing-masing.Kemudian, data dan maklumat tersebut disusunkan secara lebih baik mengikut perkara yang hendak digunakan.Selepas itu, Data dan maklumat tersebut dibentangkan secara visual untuk di paparkan di internet supaya penguna dapat mencari maklumat yang hendak di cari dengan lebih mudah dan cepat.

Tuesday, January 22, 2019

Jawapan Quiz 1

Jawapan Quiz 1 1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )

-Fungsi Kanban ialah untuk menghasilkan sebuah jadual/peringatan tentang kerja-kerja yang perlu di hendak di lakukan...
2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? 
( 5 Markah )
-Dapat mengatur masa dengan lebih cermat
-Dapat melatih diri untuk menjimat masa
-Dapat mendisiplinkan diri tentang pentingnya masa
3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)

-Email digunakan secara sendiri manakala blog boleh di paparkan secara umum

4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)


-embeded digunakan untuk mengepost balik gambar atau video untuk dimasukan ke HTML di dalam blog

Monday, January 21, 2019